Realiti Dunia E-Sukan (Tekanan, Disiplin Dan Persepsi Masyarakat)
25 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2026 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program kesedaran esukan yang bertajuk reality dunia e-sukan iaitu tekanan, disiplin dan persepsi masyarakat. Realiti dunia e-sukan bukan sekadar bermain permainan video, sebaliknya melibatkan tekanan mental yang tinggi, disiplin ketat, dan persepsi masyarakat yang masih bercampur-campur. Sehubungan dengan itu, pemain professional perlu berlatih berjam-jam setiap hari, mengawal emosi ketika kalah atau dikritik, serta mengekalkan prestasi konsisten di bawah tekanan pertandingan.
Selain itu, dari sudut disiplin, jadual Latihan, pemakanan, rehat dan Kerjasama pasukan amat dititikberatkan, sama seperti atlet sukan tradisional. Namun begitu, persepsi masyarakat masih ada yang memandang e-sukan sebagai aktiviti membuang masa, walaupun hakikatnya industry ini menawarkan peluang kerjaya serius seperti pemain profesiona, jurulatih, penganalisis dan pencipta kandungan. Oleh itu, pentingnya program ini supaya dapat meningkatkan kesedaran tentang e-sukan dari pelbagai macam aspek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: